Jumaat, 25 Mac 2016

Perkhabaran tentang Fitnah oleh Rasulullah SAW..
~~Rasulullah SAW telah bersabda bahawa waktu akan menjadi pendek, ilmu pula akan ditarik, fitnah-fitnah akan muncul, perasaan bakhil akan dilemparkan (berleluasa), al-Harj akan berleluasa. Sahabat bertanya apa itu al-Harj? Rasulullah menjawab: Iaitu pembunuhan.~~
.........................................................................................................
Di dalam satu hadith yang lain pula,
~~Rasulullah telah naik ke atas satu tempat tinggi di kota Madinah, maka Nabi bersabda: Adakah kamu lihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat fitnah iaitu di antara (dicelah-celah) rumah kamu, seperti tempat jatuhnya air hujan.~~
=ia bermaksud fitnah akan mengenai pada setiap orang tanpa ada yang terlepas.
.........................................................................................................
Hadith yang seterusnya.
~~Rasulullah telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan (isteri-isteri) empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat.~~
=Ketahuilah wahai sahabat sekalian, bahawa fitnah itu dapat dihapuskan dengan bersolat.
=Ayuh perbaikilah solat kita.
.........................................................................................................
Hadith yang terakhir,
~~Rasulullah bersabda “Sesungguhnya fitnah itu datang daripada sana. Lalu Nabi mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur di tempat yang akan terbitnya dua tanduk syaitan dan sebahagian kamu ini pula memancung leher sebahagian yang lain.~~
=Perbalahan dan persilisihan itu seringkali berlaku, walau di mana sekalipun.
=Penyelesainya adalah, ikutlah uruf dan adat di mana anda berada,
#FitnahItuSeringkaliMendampingiKita
#Hadith2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan