Selasa, 21 April 2015
C.I.N.T.A.
Cinta oh cinta...
Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang.
Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari.
Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.
Walaupun kadangkala ia cuba dilawan dan cuba ditepis, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga.
Aku tidak punya kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya.
Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya.
Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman.
Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya.
Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal.
Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.
Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt.
Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya.
Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah..
Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..
soalnya bagaimana?
Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..
Sabda Rasulullah saw :
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
Langgan:
Ulasan (Atom)

