Selasa, 15 Disember 2015

Cinta...

Aku tidak pernah terlibat dan melibatkan diri dengan cinta..
kerna aku tahu, bukan senang nak menjaga hati bila dah terjebak dengan cinta..
aku pertahankan diriku...
aku berjaya belajar di sekolah tanpa cinta..
tingkatan 6 mula timbul rasa ingin bercinta, namun, aku berjaya tepis..
aku tumpukan studyku..
akhirnya berjaya jua aku jejaki kaki ke universiti..
Di semester 1 aku relax je.. xde cinta x de apa2 sbb ak dh heppy dengan kawan2 di sekeliling..
namun, cinta itu fitrah.. aku mula menyukai seorang lelaki..
Bukan mudah untuk memahami lelaki sebenarnya..
Aku cuba juga, kadangkala aku yang disakiti..
x pe la...Redha je la..sapa suruh nk bermain cinta kan..
Semoga Allah jaga hati aku dan dia..
Kalau dah x de jodoh dgn dia nak buat mcm mana kan..
aku tahu, aku ni biasa2 je..dia tu ramai peminat..biarlah...
perjalanan perlu diteruskan..
1semester berbaki utk aku grad...x sabar nak berbakti buat keluarga..
sekian..

Selasa, 21 April 2015

Sahabat

Sahabatku 

 Jika hari ini aku terlalu gembira 

 Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah... 

Jika ku bersedih tanpa kata 

Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta 

Jika ku lemah tak berdaya 

 Ingatkan aku dengan kehebatan syurga... 

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan 

Ajaklah aku meleraikannya segera 

Jika pernah hatimu terluka 

Luahkanlah agar aku berubah.. 

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga 

Iringilah lenaku dengan kalungan doa... 

Berjanjilah sahabatku 

Ukhuwah kita untuk selamanya....

 

 

C.I.N.T.A.

Cinta oh cinta... Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan dan cuba ditepis, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Aku tidak punya kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta. Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan…. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..
soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.. Sabda Rasulullah saw : “Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”