Perkhabaran
tentang Fitnah oleh Rasulullah SAW..
~~Rasulullah
SAW telah bersabda bahawa waktu akan menjadi pendek, ilmu pula akan ditarik,
fitnah-fitnah akan muncul, perasaan bakhil akan dilemparkan (berleluasa),
al-Harj akan berleluasa. Sahabat bertanya apa itu al-Harj? Rasulullah menjawab:
Iaitu pembunuhan.~~
.........................................................................................................
Di
dalam satu hadith yang lain pula,
~~Rasulullah
telah naik ke atas satu tempat tinggi di kota Madinah, maka Nabi bersabda:
Adakah kamu lihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat
fitnah iaitu di antara (dicelah-celah) rumah kamu, seperti tempat jatuhnya air
hujan.~~
=ia
bermaksud fitnah akan mengenai pada setiap orang tanpa ada yang terlepas.
.........................................................................................................
Hadith
yang seterusnya.
~~Rasulullah
telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah
turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah?
Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan (isteri-isteri)
empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di
dunia tidak akan berpakaian di akhirat.~~
=Ketahuilah
wahai sahabat sekalian, bahawa fitnah itu dapat dihapuskan dengan bersolat.
=Ayuh
perbaikilah solat kita.
.........................................................................................................
Hadith
yang terakhir,
~~Rasulullah
bersabda “Sesungguhnya fitnah itu datang daripada sana. Lalu Nabi
mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur di tempat yang akan terbitnya dua
tanduk syaitan dan sebahagian kamu ini pula memancung leher sebahagian yang
lain.~~
=Perbalahan
dan persilisihan itu seringkali berlaku, walau di mana sekalipun.
#FitnahItuSeringkaliMendampingiKita
#Hadith2
